Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Cakna Terengganu Darul Iman (Iman Care)
"iman & humanity is our responsibility"
Siapa Kami
Nama Pertubuhan- Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Cakna Terengganu Darul Iman (Iman Care) & No.PPM-008-11-07062018
Kami adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan.
Pelbagai program dan aktiviti yang kami jalankan berkisarkan misi kemanusiaan dalam dan luar negara khususnya komuniti islam.
Bantuan dan sumbangan anda kami alu-alukan untuk sama-sama kita meringankan beban golongan yang memerlukan.


Apa Yang Kami Lakukan

Makanan
Pelbagai keperluan bekanan makanan diagihkan kepada saudara kita yang mengalami krisis ekonomi. Bekalan makanan disalurkan bagi mengatasi masalah kebuluran.

Perubatan
Keperluan barangan perubatan kami berikan kepada mereka yang tidak mendapatkan rawatan susulan akibat daripada peperangan dan kecederaan.

Pendidikan
Tanpa mengabaikan pendidikan, turut kami bantu golongan yang tidak mendapat pendedahan dan pendidikan yang sepatutnya terutamanya golongan kanak-kanak.

Fasiliti
Keperluan barangan dan fasiliti bagi tujuan keselamatan dan keselesaan. Juga bagi menaiktaraf kehidupan yang serba kekurangan kepada yang lebih baik.

Kasih Sayang
Kami tekankan keprihatinan dan kasih sayang kepada mereka yang berada dalam kesusahan, menunjukkan kita masih ada bersama-sama dengan mereka dan mereka tidak keseorangan.

Dakwah
Menjadi kewajiban kita sesama muslim untuk sebarkan dakwah ke seluruh pelusuk dunia. Melalui ziarah, kami sampaikan pesanan dan dakwah selain daripada bantuan barangan keperluan.