Qurban Aqiqah

RM6,650 of RM550,000 raised

Qurban bermaksud menyembelih haiwan ternakan tertentu pada 10-13 Zulhijjah (Aidiladha + 3 hari Tasyrik) dengan tujuan ber’taqarrub’ kepada Allah SWT.

‘Taqarrub’ bermaksud perbuatan atau amalan yg dilakukan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ibadah korban merupakan amalan yang paling dicintai oleh Allah pada hari raya Aidiladha & sunnah yang hampir tidak pernah ditinggalkan oleh semua para sahabat & salafussoleh.

Ibadat qurban ini sangat-sangat dituntut untuk dilaksanakan bagi orang yang mempunyai kemampuan.

Ia merupakan bukti keikhlasan dan ketaqwaan seseorang kerana dalam ibadat qurban itu antara hikmah pensyariatannya ialah mendekatkan diri kepada Allah SWT, melahirkan kesyukuran dengan nikmat yang diberikan, menggembirakan orang miskin dengan pemberian daging qurban, di samping menambah amal kebajikan.

Dalam melaksanakan ibadat qurban, di mana sahaja ianya dilakukan, pasti akan melibatkan perbelanjaaan wang dan harta benda.

Dari sudut keafdhalan, menyembelih qorban di tempat sendiri, melihat darah yang terpancut keluar semasa sembelih dan membahagikan kepada golongan berhak adalah terlebih afdhal. Tidak dinafikan lagi.

Antara amal kebajikan yang tinggi dalam ibadah Qorban ini adalah membahagikan daging kepada para fakir miskin. Terutamanya yang selalu dilanda musibah serta hidup melarat.

Sebenarnya bantuan ke atas mereka bukan bermusim pada hari raya Qorban sahaja, tetapi sepanjang masa selagi mereka amat memerlukannya.

Di sini timbul isu, kemiskinan dalam negara kita sendiri. Cerapan perlu dilakukan bagi mengenal pasti berapa ramai yang miskin dan kebulur sehinggakan sebuku daging tidak pernah dimakan sepanjang tahun?

Berbanding dengan negara jiran seIslam kita yang melarat dan selalu dalam kancah kebuluran, peperangan dan bencana?

Kita tidak nafikan bahawa ibadat korban yang dilakukan oleh seseorang di negara lain bukan di negara tempat dia berada, dalam hukum fiqh melibatkan hukum tertentu, iaitu memindah wang ke negara lain.

Namun dengan melakukan qurban di luar negara ini akibat dari beberapa faktor, antaranya faktor harga binatang qurban yang lebih murah di sesuatu tempat, faktor terdapat ramai bilangan fakir miskin di tempat berkenaan dan sebagainya.

Statistik menunjukkan bahawa negara Malaysia dikategorikan sebagai negara kaya dengan jumlah paras kemiskinan 3.8% (rating ke 160).

Kita pun tidak pernah kedengaran pelaporan rakyat Malaysia mati akibat kancah kebuluran. Cuba kita bandingkan dengan negara-negara umat Islam yang lain seperti Sudan Selatan 50.6% (rating 21), Sudan 46.5% (rating 30), Kemboja 20% (rating 104). Puratanya kemiskinan dan kefakiran negara mereka 1 dalam 3 orang, berbanding negara kita 4 dalam 100 orang.

Adakah keadaan ini tidak mendesak kita untuk turut membantu mereka? Dengan harga bahagian lembu yang ditawarkan itu, sedikit sebanyak ada lebihan yang boleh dijanakan bagi disalurkan kepada perkara kebajikan.

Sebagai contohnya, kami pada tahun ini akan cuba memberi sumbangan pembinaan kelas fardu ain kepada anak-anak Basilan, Mindanao. Sistem pembelajaran agama terutama kelas asas Islam masih jauh ketinggalan berbanding negara kita. Mereka hanya menggunakan premis-premis persendirian yang serba kekurangan.

Jumlah lembu qorban yang kami perolehi pada setiap tahun pun tidak dapat menandingi jumlah lembu yang disembelih dalam negara kita sendiri.

Jabatan veterinar Malaysia mengeluarkan statistik jumlah lembu yang disembelih pada tahun 2015 dalam negara, kira-kira 26,200 ekor lembu dan 12,324 ekor kambing. Dengan sejumlah ini, takkan tiada usaha untuk diedarkan kepada fakir miskin yang masih ada dalam negara? Atau sekurang-kurangnya para fakir miskin setiap lokaliti kampung sudah samarata mengecapi daging qurban.

Bagi saya, tidak ralat hati untuk terus melakukan program qurban & aqiqah di luar negara. Kehidupan mereka pun amat mendesak. Pun begitu dengan sejumlah kecil yang kami sumbangkan itu tidak pun boleh melangsaikan statistik kemiskinan tegar negara berkenaan.

 

Maklumat Ibadah Qurban :

Sasaran : 200 ekor lembu & 50 ekor kambing

PENTING : Selepas pembayaran mengikut pakej di bawah,WhatsApp kami di – 016- 433 4702 ( Cik Nur Farhana)  << KLIK SINI

  1. Nama Penuh :
  2. Nama Diniatkan :
  3. Alamat Penuh :
  4. No tel :
  5. Emel (Jika ada) :
  6. Nyatakan Qurban atau Aqiqah :
  7. Lembu/Kambing :
  8. Bukti Bayaran :

Sekiranya ada ingin melaksanakan ibadah qurban lebih daripada 1 ekor, boleh hubungi wakil kami  – 016- 433 4702 (Cik Nur Farhana). Kami akan bantu anda untuk urusan ibadah Qurban ini segera.

Kami doakan agar Allah swt mempermudahkan dan memberkati ibadah qurban yang kita sedekahkan kepada mereka yang kurang bernasib dan memerlukan ini. Amin.

 

Sekian terima kasih

Abd Muhaimin Muhammed
Koordinator Program Qurban Aqiqah

-Penulis adalah aktivis Iman Care yang akan mengetuai misi cakna komuniti ke Mindanao pada tahun ini. Permohonan qurban & aqiqah masih dibuka. Boleh lawat www.imancare.org

RM 350.00
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM350.00