Wakaf Quran 2021 FB

RM1.51 million of RM1.5 million raised

20,000 wakaf Quran diperlukan supaya dapat diagihkan dan dibaca ketika Ramadan.


 

ABAIKAN: Disebabkan amalan ini ‘simple’ dan sangat mudah untuk dilakukan, ramai antara kita sering abaikan sehingga lupa untuk mengamalkannya.

Sedangkan kalau kita tahu bahawa besarnya ganjaran yang bakal kita dapat, pasti kita tidak akan lepaskan peluang keemasan ini.

Kerana amalan ini bakal memberi ganjaran berterusan seperti air mengalir walau kita sudah meninggal dunia.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”

Al-Khatib al-Syarbini berkata: Ulama mentafsirkan perkataan ‘sedekah jariah’ dalam hadis itu dengan maksud wakaf, sepertimana kata Imam al-Rafi’i.


TIDAK RUGI: Inilah pelaburan yang takkan rugi!

Bayangkan kita berwaqaf sekali, namun kita peroleh pahala yang berterusan lebih-lebih lagi bila waqaf kita itu digunakan untuk manfaat ummah.

“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji.

Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” -Surah Al-Baqarah, ayat 261.


PELUANG SEKALI SEUMUR HIDUP: Kerana itulah, Iman Care membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk laksanakan ibadah wakaf.

Inilah peluang sekali seumur hidup, jika sekali lagi kita abaikan, maka peluang ini tidak akan datang lagi kepada kita dimasa akan datang.

Waqaf Quran boleh dibuat atas nama diri sendiri, pasangan, ibu bapa yang masih hidup atau telah meninggal dunia serta ahli keluarga.

Hanya RM30 saja per nama.

Kami sasarkan 20,000 waqaf Quran berjaya dikumpul setiap bulan.

Dan memandangkan Ramadan bakal tiba, maka kami ingin segerakan pengumpulan Waqaf Quran ini supaya ia dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan dan dibaca bermula 1 Ramadan.


 

BAGAIMANA WAQAF QURAN DIBUAT: 

  1. Anda berwakaf atas nama ibu bapa, ahli keluarga yang masih hidup, pasangan, anak-anak atau diri sendiri kepada Iman Care sebagai pihak Urusetia Program.
  2. Wang tersebut akan digunakan oleh Iman Care untuk membeli Quran baru.
  3. Kemudian, kami sebagai wakil penyumbang (anda) akan hantar dan agihkan naskah Wakaf Quran tersebut kepada penerima yang layak.

 

KE MANA WAQAF QURAN INI PERGI: Waqaf Quran akan dihantar ke seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Sudan.

Selain madrasah dan pondok-pondok Tahfiz, sekolah-sekolah, masjid, surau, kampung di kawasan pedalaman dan beberapa organisasi turut menerima Waqaf Quran ini.

 

AYUH KITA BERWAQAF: 

Kita hanya berwakaf sekali, namun pahala mengalir masuk dalam akaun akhirat selamanya.

Setiap ayat Quran yang dibaca hasil dari sumbangan wakaf kita, orang yang kita wakafkan dan diri kita juga turut terima ganjarannya.

Malah, kita juga dapat bahagiakan anak-anak muslim yang lain saat mereka terima Quran baru. Jom jayakan kempen Waqaf Quran ini.

Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran, ayat 92:

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”


 

LANGKAH UNTUK BERWAQAF: 

Anda boleh pilih pakej dan isi details di bawah.

  • Waqaf 10 nama = RM300
  • Waqaf 5 nama = RM150
  • Waqaf 3 nama = RM90
  • Waqaf 1 nama = RM30

P/s: Kami doakan rezeki para penyumbang makin diberkati dan mudah-mudahan Allah terima amal ibadah kita semua. Amin YRA.

RM
Plus an additional to cover gateway fees.
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM300.00