Iman Care Merupakan Sebuah NGO Yang Telah Menjalankan Program Qurban & Aqiqah Lebih Dari 5 Tahun Dan Telah Menyembelih Lebih Dari 2310 Ekor Lembu & Kambing
Jom Sertai
Bersyukur kita hidup di Malaysia. Saudara Muslim kita sanggup berebut sesama mereka semata-mata nak dapatkan daging korban. Terutama di negara-negara yang alami konflik, peperangan dan kekurangan makanan. Hidup mereka begitu terdesak setiap hari.
Bagi mereka, makan daging ini adalah satu kenikmatan yang luar biasa kerana mereka hanya jumpa daging setahun sekali.
Oleh itu, Iman Care mengambil inisiatif untuk membuka penyertaan program korban di luar negara sempena Hari Raya Haji tahun 2019 ini. Kami akan agihkan daging korban kepada komuniti Islam di luar negara yang menghadapi kesukaran dan kemiskinan hidup.
Kenapa Anda Perlu Pilih Berkorban & Beraqiqah Dengan Iman Care?
Proses pendaftaran yang sangat mudah. Hanya isi form di bawah dan buat pembayaran. Kami akan hubungi anda untuk langkah selanjutnya
Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan mampu untuk semua rakyat Malaysia sertai. Anda juga boleh ajak saudara mara lain
Dapat membantu orang Islam yang tinggal di negara kurang berkemampuan dan sangat memerlukan bantuan rakyat Malaysia
Kami sudah menjalankan program Qurban dan Aqiqah di luar negara hampir 5 tahun dan sudah menyembelih melebihi 2370 ekor lembu dan kambing
Pihak kami sendiri akan hadir sebagai wakil anda semasa proses penyembelihan dan pengagihan qurban dan aqiqah nanti
Kami akan menghantar gambar dan sijil kepada anda sebagai bukti kami telah menjalankan ibadah korban & aqiqah bagi pihak anda
Alhamdulillah.. syukur sangat dapat jalankan ibadah korban bersama Iman Care. Mereka betul2 hantar daging korban ini kepada orang Islam yang sangat susah di negara lain
Puan Hidayah Roslan
Mersing
Ustaz kata Allah akan bantu kita jika kita mudahkan kesusahan orang lain. Kesulitan yang saya hadapi makin dipermudahkan sejak saya menyertai ibadah korban bersama iman care. Sejak itu saya setiap tahun akan sertai program iman care ini.
Encik Aiman
Pasir Mas, Kelantan
Saya tak sanggup tengok kesusahan dan penderitaan mereka. Semoga dengan bantuan sedekah korban dari saya yang tidak seberapa ini akan meringankn beban sengsara mereka
Puan Norani
Kuala Terengganu
Di Mana Korban & Aqiqah Akan DiJALANKAN?
Buat masa ini kami hanya memfokuskan kepada 3 buah negara iaitu
KEMBOJA
INDIA
KENYA
Bagaimana Proses Perlaksanaan Korban & AQIQAH Ini Dilakukan?
Ini langkah demi langkah yang kami lakukan bagi menguruskan program ini
Anda mendaftar dan membuat pembayaran dengan kami, Iman Care sebagai wakil ibadah korban anda. Klik sini untuk mendaftar sekarang.
Wang yang diterima kami akan gunakan untuk menguruskan proses pembelian lembu dan kambing di negara terlibat dan dihantar ke lokasi terpilih
Penyembelihan lembu akan berlangsung pada Hari 1-3 Raya Haji, manakala aqiqah selepas hari ke-4 Aidil Adha di lokasi-lokasi ditetapkan
Semasa hari penyembelihan, pihak kami, ImanCare, akan hadir sebagai wakil anda dan memastikan proses pengagihan berjalan lancar
Kami akan mengepos sijil dan cenderahati ke alamat anda sebagai bukti dalam tempoh 2 bulan selepas korban dan aqiqah dilakukan
Sasaran kami pada tahun 2019 ini dapat menyembelih sebanyak 200 ekor lembu dan 50 ekor kambing dan dapat membantu sehingga 15 000 golongan kurang berkemampuan. Semua ini tidak dapat kami capai tanpa bantuan anda.
Di bawah ialah harga penyertaan program ini .
Ayuh, sertai kami sekaligus dapat merebut pahala ibadah korban dengan menyalurkan kepada mereka yang benar-benar miskin dan tak berkemampuan. Klik butang daftar di bawah