Tabung Syria Musim Sejuk

6 JUTA PELARIAN SYRIA BAKAL TEMPUH MUSIM SEJUK YANG MELAMPAU AWAL DISEMBER INI. RM1 JUTA DIPERLUKAN

Isu konflik peperangan Syria dan penderitaan yang dialami oleh rakyatnya tak pernah surut. Dianggarkan seramai 350,000 hingga 500,000 mati akibat peperangan ini dan keseluruhan rakyat Syria yang terlibat dalam konflik ini mencecah 13 juta orang.

Sejak meletusnya perang di Syria pada 2011, ia mencetuskan krisis kemanusiaan yang terburuk di Asia Barat apabila Umat Islam di sana terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka, rumah mereka dibom dan meeka jadi pelarian ke negara jiran untuk dapatkan perlindungan.

Namun, masih ramai lagi rakyat Syria yang masih berada di dalam negara mereka. Mereka tidak dapat keluar ke negara-negara lain kerana dikenakan sekatan. Yang jadi pelarian pula, alami kesukaran hidup.

Rakyat Syria Yang Jadi Pelarian Makin Meningkat Saban Tahun

Dikatakan seramai 6 juta rakyat Syria terpaksa menghuni di khemah-khemah pelarian yang terletak di sempadan negara jiran terutamanya Turki, Jordan dan Lubnan.

Pelarian di Rayhanli, Antakya sempadan Turki boleh dikatakan sedikit bertuah kerana negara Turki banyak membantu. Begitu juga dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang banyak hulurkan bantuan ketika musim sejuk untuk kelangsungan hidup mereka.

Kerana itu, Iman Care membuka peluang kepada anda untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka dan menjayakan Misi Winter Aid Syria.

Musim sejuk hampir tiba Disember ini. Melihat keadaan mereka, sungguh mereka hidup dalam keadaan yang daif dan terdesak. Menjelang musim sejuk selama 3 bulan, mereka langsung tidak dapat bergerak mencari sesuap makanan kerana kesejukan yang melampau.

Bagaimana Anda Boleh Bantu Pelarian Syria?

Kami sasarkan dana minimum RM1 juta untuk misi bantuan Winter Aid Syria sebelum 1 Disember 2019 yang akan digunakan untuk membeli:

  • Barang-barang keperluan harian
  • Baju sejuk dan selimut tebal
  • Peralatan sekolah untuk anak-anak

Juga kami akan bekalkan mereka sedikit wang perbelanjaan sepanjang musim sejuk.

Sungguh, kami perlukan bantuan anda dalam menghulurkan sumbangan ikut kemampuan. Mereka di sana menanti bantuan kita.

Tertunggu-tunggu kerana mereka tahu kita adalah rakyat yang prihatin sesama umat Islam. Jika bukan kita yang nak bantu, siapa lagi?

Ia bertepatan dengan hadis Riwayat al-Bukhari Muslim. Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya.

Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top